Jun 2, 2013

Mitos Perniagaan Ebook

No comments:
image credit to google.com
Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui  ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.


Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka terhadap perniagaan ebook. Berikut adalah tujuh mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.


Mitos Perniagaan Ebook Yang Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.



Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli. Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui  ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet.


Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.


Mitos Kedua Perniagaan Ebook ; Anda perlu menjadi pakar.



Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook.


Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai di internet. Tidak susah bukan??


Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.


Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah sangat mudah.


Jika ini masalah utama anda,KLIK SINI untuk pelajari bagaimana anda boleh hasilkan ebook dalam masa kurang daripada 7 hari.


Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook.


Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut.


Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di baca.


Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan ebook.


Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi.


Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk di jadikan testimoni.



Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu.


Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad.  Di dalam industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.


Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.



Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP


USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda.



Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.


Jika anda antara mereka yang ingin menjana pendapatan dengan ebook, anda perlu KLIK SINI!. Anda akan ketahui rahsianya.

Read More

May 31, 2013

4 Langkah Mencipta Ebook

3 comments:
Menghasilkan ebook sangat mudah. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu berdasarkan apa sahaja permintaan yang ada. Ebook anda boleh jadi berkaitan komputer, software, peralatan rumah atau apa sahaja yang ada di sekeliling anda termasuklah cara membina reban ayam.


Untuk memudahkan anda mencipta ebook anda , saya telah menyediakan empat langkah yang anda boleh ikut untuk menghasilkan ebook anda sendiri. Empat langkah berikut adalah:-

  
1. Pilih satu tajuk di dalam niche anda.


Seperti biasa, langkah pertama dalam penghasilan ebook dalah pemilihan tajuk. Cari satu tajuk yang agak kontroversi di dalam niche anda dan mempunyai banyak permintaan. Contohnya di dalam niche kewangan, anda boleh tulis tujuh cara memaksa diri sendiri untuk menyimpan wang.


Niche pendidikan pula, anda boleh tulis 7 cara belajar bahasa Inggeris. Tidak kiralah apa tajuk yang anda pilih, ia perlulah mempunyai permintaan yang banyak. Ini kerana permintaan yang banyak boleh memberi keuntungan segera kepada anda.


2. Buat kajian 7 tip mengenai topik anda.


Selepas memilih tajuk, tanpa berlengah, anda cari tujuh tip yang berkaitan dengan topik anda. Katakan anda memilih topik tujuh cara memberitahu anak perempuan mengenai haid. Anda buat carian di Internet untuk cari maklumat mengenainya. Anda juga boleh bertanyakan pada mereka yang pakar.


Selain itu, anda boleh lakukan kajian di perpustakaan. Selepas anda menyiapkan tujuh tip tersebut, anda perlulah menulis rumusan bagi setiap tip atau panduan.


3. Bagi setiap tip anda tulis 50 patah perkataan mengenai topik tersebut.


Tujuh tip yang anda cari itu, anda perlu tulis rumusan mengenai topik tersebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Anda perlu teruskan kajian mengenai topik yang anda pilih itu berdasarkan tujuh tip yang anda dapat cari. Bagi setiap tip pula, dengan menggunakan ayat sendiri, anda perlu tulis rumusan mengenainya.


4. Bagi setiap tip, jadikan ia sebagai satu bab.


Proses seterusnya adalah melakukan kajian lebih mendalami bagi setiap tip atau panduan. Bentuk tujuh bab berdasarkan satu tip. Tulis segala maklumat penting yang ada bagi setiap tip dan bentuk setiap tip menjadi satu bab yang lengkap dengan maklumat.


Sekarang anda telah mempunyai ebook anda sendiri.Tentukan harga bagi produk anda dan ia sedia untuk di  jual kepada orang ramai. Untuk strategi pemasaran yang mampu memberikan anda RM50,000.00 setahun dengan ebook, KLIK sini.
Read More

May 30, 2013

Rahsia Menulis Tajuk Ebook Supaya Orang Membeli

8 comments:
Credit to google.com

Nak tulis tajuk ebook pun ada rahsia ke? :) Tajuk ebook adalah 1st impression bagi pembeli ebook. Kebanyakan pembeli ebook mencari sesuatu yang unik untuk mereka pelajari. Jadi, salah satu sebab kenapa ebook anda tidak terjual walaupun ebook anda mempunyai kandungan yang berkualiti adalah di sebabkan tajuk ebook anda adalah kurang menarik.


Jika anda menjual produk dengan tajuk panduan Affiliate, ebook anda mungkin tidak akan laku. Ini kerana pembaca boleh memperoleh tajuk panduan affliate secara percuma di internet menerusi artikel-artikel dan ebook percuma. Tajuk ebook anda perlulah catchy supaya pembaca atau pembeli tergerak hatinya untuk mengetahui apa yang anda di dalam ebook anda. 


Untuk orang yang serius untuk dapatkan RM50,000.00 setahun sahaja. Yang lain JANGAN KLIK


Jika anda menjual produk mengenai affliate janganlah menggunakan tajuk seperti panduan affliate. Sebaliknya guna tajuk yang agak ganas seperti

Empat langkah jana RM 100 sehari melalui affliate.
Pakar Affliate : Zero to Hero.
30 hari action plan Jana Empat Angka menerusi Affiliate.


Tajuk ebook Membentuk Isi Ebook.



Tajuk ebook akan membentuk isi ebook anda. Untuk menulis ebook, anda perlu bermula dengan mencari tajuk. Tajuk ebook yang kontroversi akan membantu anda untuk menulis ebook yang berkualiti dan mempunyai permintaan yang banyak.


Kita selalu tahu 3 niche yang sentiasa mendapat sambutan iaitu niche self help atau motivasi, niche weight loss atau kuruskan badan dan niche make money iaitu buat duit. Namun, kebanyakan ebook yang ada di pasaran adalah bercorak skeptikal seperti panduan buat duit di ebay, panduan kuruskan badan dan panduan minda jutawan.


Untuk jadikan ebook anda di gilai oleh para pembeli, anda perlu memilih tajuk yang di sikit luar biasa untuk di jadikan ebook. Buktinya anda lebih tertarik pada ebook yang mempunyai tajuk berikut


10 langkah memulakan perniagaan di ebay

Berbanding

Panduan perniagaan ebay.


Tajuk ebook yang unik akan memberi kelainan kepada ebook anda kerana anda menulis berdasarkan tajuk ebook anda.


Dari tajuk ebook ke isi ebook.



Selepas memilih tajuk ebook yang agak catchy, anda teruskan pada penulisan ebook pula. Tulis berdasarkan tajuk anda. Jika tajuk ebook anda adalah Buat Duit Dengan Budu, anda lakukan kajian berdasarkan tajuk tersebut. Perkara yang paling penting adalah maklumat di dalam ebook adalah sama seperti yang di canangkan menerusi tajuk.


Jika tajuk ebook adalah Buat Duit Dengan Budu, pastikan di dalam ebook anda mengandungi maklumat selengkap mungkin untuk jadikan pembaca  Boleh Buat Duit Dengan Budu :).




Maklumat di dalam ebook.


Maklumat di dalam ebook haruslah selari dengan tajuk ebook anda. Untuk mengelakkan pembeli dari rasa tertipu dan nama anda mungkin tercemar, eloklah anda memberi yang terbaik menerusi ebook anda. Di dalam perniagaan ebook, pembaca haruslah dapat apa yang mereka mahu dari ebook anda.


Jika tajuk ebook anda adalah tujuh cara memikat mak mertua, anda haruslah memastikan pembaca memahami ketujuh-tujuh cara tersebut. Anda janji tujuh cara menerusi tajuk ebook, maka tunaikan janji anda dengan memberi yang terbaik kepada pembaca ebook anda.


Maklumat di dalam ebook haruslah di tulis dalam keadaan yang mudah di baca dan mudah di fahami. Matlamat menjual ebook adalah menjual maklumat. Jadi, maklumat yang di jual haruslah senang untuk di fahami supaya tujuan anda menjual ebook tercapai.Jika anda


Perkara pertama di dalam aktiviti penjualan ebook adalah memilih tajuk. Tajuk ebook haruslah catchy dan agak luar dari kebiasaan minda manusia. Tajuk yang menarik akan memberi keinginan kepada pembaca untuk membeli ebook dari anda.


Selepas memilih tajuk, anda haruslah memberi yang terbaik di dalam aspek penulisan supaya pembeli dapat apa yang mereka mahu dari pembelian ebook anda.

Jika anda ingin pendapatan pasif dengan ebook yang melebihi gaji peguam dalam satahun, KLIK SINI.

Read More

May 29, 2013

Bagaimana Cara Nak Menulis Ebook

8 comments:
Jika anda mengikuti post-post saya sebelum ni, pasti anda telah faham bahawa sesiapa saja berpotensi untuk menjana pendapatan dengan ebook. Anda adalah pakar dalam bidang anda dan anda boleh menjualkan maklumat atau kepakaran  tersebut untuk menyelesaikan masalah orang lain dalam bentuk ebook.



Anda ingin menulis ebook. Jadi bagaimana cara nak menulis eBook?


Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin tumpukan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.



Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.




Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-


®    Tip dan petua
®    Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®    Pengalaman dan kisah peribadi
®    Penulisan yang bermotivasi
®    Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®    Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat



Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.



Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.



Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-

®    Gunakan font yang bagus
®    Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®    Gunakan bahasa mudah


Bila anda menulis ebook, sebolehnya biarkan idea anda mengalir dengan teratur dan tidak melompat dari satu topik ke satu topik tanpa hujung pangkal. Ini dapat mengelakkan pembeli ebook dan keliru dangan apa yang anda ingin sampaikan.



Jika anda ingin menjana pendapatan pasif dengan ebook dalam kadar segera, mungkin anda boleh dapatkan maklumat cara nak tulis ebook dalam masa 7 hari saja. Tengok kat sini kalau nak tahu bagaimana anda boleh siapkan ebook dengan segera.


Read More

Pendapatan Pasif Dengan Ebook - 5 Asas Niche Yang Menguntungkan

7 comments:
Untuk penjana pendapatan pasif melalui ebook, anda hendaklah menghasilkan ebook berdasarkan niche yang menguntungkan. Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.


Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.


Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan supaya anda dapat menjana pendapatan pasif dengan ebook yang bakal anda hasilkan.


Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.


Kadangkala, penulis baru cuba untuk menulis sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tiada gunanya anda menghasilkan ebook untuk pasaran tersebut kerana ianya akan merugikan anda sendiri.


Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.


Katakanlah anda tidak suka akan sesuatu niche, janganlah menganggap bahawa pasaran tersebut tidak menguntungkan.  Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi ebook anda anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.


Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yanga ada.


Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.


Selepas mengetahui apa yang menjadi topik semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih tulis ebook ringkas berkaitan sesuatu niche dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.


Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada.


Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

Ini hanyalah sedikit cara untuk cari niche ebook. Jika anda ingin mengetahui apa yang penting mengenai niche dan apakah niche yang menguntungkan, anda kena korek rahsia di sini. Jangan klik jika anda sudah kaya :) 


Read More