May 29, 2013

Pendapatan Pasif Dengan Ebook - 5 Asas Niche Yang Menguntungkan

Untuk penjana pendapatan pasif melalui ebook, anda hendaklah menghasilkan ebook berdasarkan niche yang menguntungkan. Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.


Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.


Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan supaya anda dapat menjana pendapatan pasif dengan ebook yang bakal anda hasilkan.


Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.


Kadangkala, penulis baru cuba untuk menulis sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tiada gunanya anda menghasilkan ebook untuk pasaran tersebut kerana ianya akan merugikan anda sendiri.


Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.


Katakanlah anda tidak suka akan sesuatu niche, janganlah menganggap bahawa pasaran tersebut tidak menguntungkan.  Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi ebook anda anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.


Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yanga ada.


Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.


Selepas mengetahui apa yang menjadi topik semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih tulis ebook ringkas berkaitan sesuatu niche dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.


Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada.


Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

Ini hanyalah sedikit cara untuk cari niche ebook. Jika anda ingin mengetahui apa yang penting mengenai niche dan apakah niche yang menguntungkan, anda kena korek rahsia di sini. Jangan klik jika anda sudah kaya :) 


7 comments: