May 29, 2013

Bagaimana Cara Nak Menulis Ebook

Jika anda mengikuti post-post saya sebelum ni, pasti anda telah faham bahawa sesiapa saja berpotensi untuk menjana pendapatan dengan ebook. Anda adalah pakar dalam bidang anda dan anda boleh menjualkan maklumat atau kepakaran  tersebut untuk menyelesaikan masalah orang lain dalam bentuk ebook.



Anda ingin menulis ebook. Jadi bagaimana cara nak menulis eBook?


Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin tumpukan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.



Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.




Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-


®    Tip dan petua
®    Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®    Pengalaman dan kisah peribadi
®    Penulisan yang bermotivasi
®    Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®    Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat



Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.



Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.



Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-

®    Gunakan font yang bagus
®    Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®    Gunakan bahasa mudah


Bila anda menulis ebook, sebolehnya biarkan idea anda mengalir dengan teratur dan tidak melompat dari satu topik ke satu topik tanpa hujung pangkal. Ini dapat mengelakkan pembeli ebook dan keliru dangan apa yang anda ingin sampaikan.



Jika anda ingin menjana pendapatan pasif dengan ebook dalam kadar segera, mungkin anda boleh dapatkan maklumat cara nak tulis ebook dalam masa 7 hari saja. Tengok kat sini kalau nak tahu bagaimana anda boleh siapkan ebook dengan segera.


8 comments:

  1. Thanks for your visit. I wish you a nice weekend and a wonderful new week. Friendly greetings to you from Hungary, Der Alte.

    ReplyDelete
  2. Wow tips yg mantab gan :)
    Jangan lupa ditunggu kunjungannya gan

    ReplyDelete
  3. Kita datang melawat awak nie... Salammm.....

    ReplyDelete
  4. Thanks for visit my blog :), friendly greetings to you from Indonesia - Alinns

    ReplyDelete
  5. artikel yang menarik...terima kasih atas perkongsian :-)

    ReplyDelete
  6. Ilmu yang bermanfaat... Menarik... :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Terima kasih atas panduan.. Memang sangat menarik.. Kalau yang ada hobi lagi boleh menulis panduan kepada yang berminat.. Ok tq.

    ReplyDelete