May 29, 2013
Bagaimana Cara Nak Menulis Ebook
Jika anda mengikuti post-post saya sebelum ni, pasti anda telah faham bahawa sesiapa saja berpotensi untuk menjana pendapatan dengan ebook. Anda adalah pakar dalam bidang anda dan anda boleh menjualkan maklumat atau kepakaran tersebut untuk menyelesaikan masalah orang lain dalam bentuk ebook.
Anda ingin menulis ebook. Jadi
bagaimana cara nak menulis eBook?
Perkara
pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin tumpukan.
Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar
pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat
anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis
eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih
baik.
Dengan
subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini
mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila
halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda
perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah
pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan
fokus.
Sekarang,
untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus
untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
®
Tip dan petua
®
Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®
Pengalaman dan kisah peribadi
®
Penulisan yang bermotivasi
®
Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®
Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat
Anda
sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan
sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.
Sekarang,
duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan
itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.
Ingatlah
juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang
akan anda perlu gunakan:-
®
Gunakan font yang bagus
®
Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®
Gunakan bahasa mudah
Jika anda ingin menjana pendapatan pasif dengan ebook dalam kadar segera, mungkin anda boleh dapatkan maklumat cara nak tulis ebook dalam masa 7 hari saja. Tengok kat sini kalau nak tahu bagaimana anda boleh siapkan ebook dengan segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for your visit. I wish you a nice weekend and a wonderful new week. Friendly greetings to you from Hungary, Der Alte.
ReplyDeleteWow tips yg mantab gan :)
ReplyDeleteJangan lupa ditunggu kunjungannya gan
Kita datang melawat awak nie... Salammm.....
ReplyDeleteboleh jg artikelnya,,,,,,,,,,, :)
ReplyDeleteThanks for visit my blog :), friendly greetings to you from Indonesia - Alinns
ReplyDeleteartikel yang menarik...terima kasih atas perkongsian :-)
ReplyDeleteIlmu yang bermanfaat... Menarik... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Terima kasih atas panduan.. Memang sangat menarik.. Kalau yang ada hobi lagi boleh menulis panduan kepada yang berminat.. Ok tq.
ReplyDelete