May 28, 2013

Apa Yang Ebook Boleh Beri Kepada Anda

Pernah dengar tentang ebook? Ebook sebenarnya lebih kurang sama dengan buku fizikal dari segi kandungan, gambar dan lain-lain lagi. Yang membezakan ebook dengan buku biasa adalah format sahaja iaitu ebook diterbitkan dalam bentuk digital.

Sebenarnya, sesiapa pun boleh menghasilkan ebook mereka sendiri kerana setiap orang adalah pakar dalam sesuatu bidang. Tanyalah sesiapa saja. Pasti mereka mempunyai pengetahuan mendalam tentang sesuatu perkara. Terdapat pelbagai kelebihan jika anda menghasilkan ebook anda sendiri.


Apa yang ebook boleh beri kepada anda?


Ebook sebagai ejen pemasaran

Antara kelebihan lain ebook ialah ebook boleh menjadi ejen pemasaran kepada produk yang anda promosikan yang bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Sekiranya anda menjadi ejen affiliate, anda boleh selitkan link affiliate anda dalam ebook ringkas yang anda hasilkan dan berikan secara percuma kepada pengguna internet. Selama mana ada orang yang mendapatkan ebook anda, anda berpotensi untuk menjana pendapatan pasif melalui affiliate yang anda promosikan.


Ebook boleh mencapai audiens yang besar.

Dengan adanya internet, anda boleh menyasarkan ebook anda kepada audience yang besar. Sekiranya topik ebook anda bersifat global, tidak mustahil untuk ebook anda dimuat turun oleh pengguna internet di pelbagai negara. Jika pemasaran buku biasa adalah terhad kepada sesuatu kawasan, ebook anda boleh dimuat turun di serata tempat.


Ebook memberikan anda pendapatan pasif

Ebook boleh memberikan anda pendapatan pasif selama mana ebook anda boleh didapati di internet. Apa yang bagus tentang ebook, anda hanya perlu berkerja keras pada masa menghasilkan ebook sahaja dan menikmati hasil yang berpanjangan. Jika satu ebook dapat memberikan anda pendapatan pasif RM50 sehari, bayangkan jika anda menghasilkan 2-3 ebook dalam masa 1-2 bulan.


Anda pasti tidak akan percaya jika saya katakan anda boleh jana RM50,000.00 setahun hanya dengan ebook. Tentu seronok kan. Dapat menjana pendapatan pasif yang melebihi gaji peguam atau engineer. Jika anda ingin jana pendapatan pasif dengan ebook, maka anda perlu melabur sedikit wang untuk dapatkan Rahsia jana RM50,000.00 ini. :)

No comments:

Post a Comment